Skip to main content

Posts

Showing posts from July 30, 2021

A Dream To Achieve in 8th years

  Financial Freedom atau bebas kewangan bermaksud wang yang ada pada kita cukup untuk menanggung diri kita serta keperluan keluarga kita tanpa memerlukan sehari pon kita berkerja. Rahsia serta kunci kepada impian ini adalah bijak di dalam mengendalikan sumber kewangan kita bagi memenuhi keperluan dan kehendak kehidupan. Bukan bermaksud kita tidak menikmati hasil titik peluh kita tetapi kita menguruskan sumber yang terhad ini dengan bijaksana. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, tiada penyakit yang tidak boleh disembuhkan, Apa yang anda perlu buat adalah mencari ilmu tersebut, belajar, laksanakan dan sedekah semula ilmu tersebut.  Ingat, Dalam dunia ini, tiada suatu pon cara yang betul atau yang salah. Apa yang perlu anda buat adalah mencuba dan terus mencuba, jangan putus asa dan jangan cepat berasa selesa kerana tiada jalan mudah untuk mencapai impian anda. - Renung-renungkan, peringatan untuk diri sendiri juga... ~ Sue Serif 😍

Pengorbanan ...

Detik 10 Zulhijjah dalam kalendar islam merupakan antara hari-hari yang penting dan seharusnya ditanda dalam kalendar pada setiap tahun. Pada hari tersebut merupakan hari perayaan sambutan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban bagi seluruh pendudukan islam dunia.  ia juga bersempena  Memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah Allah. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah SWT sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah As-Saffat, ayat ke -102 . Pada masa ini, alhamdulilah mereka yang mendapat jemputan Allah untuk ke Tanah Suci Mekah sedang dalam mengerjakan ibadah haji. Bermula dengan ketibaan ke tanah suci pada 8 Zulhijjah, berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, melaksanakan korban sehinggalah 13 Zulhijjah.  Bagi penduduk dunia yang beragama islam untuk merayakan hari raya Aidiladha maka umat islam menyembelih binatang al-an’am atau binatang berkaki empat serta jinak seperti unta, lembu, k