Skip to main content

Posts

Showing posts from June 7, 2021

Nilai Seketul EMaS

Emas, siapa tidak teruja kalau melihat kilauan emas apa lagi kalau meilikinya... Fuh rasanya dunia ini terasa Indah. Bukan kerana kilauannya tetapi nilainya yang lebih berharga sejak berabad lamanya. Beza emas dan Wang ialahlah emas adalah satu-satunya aset kewangan yang brdiri dengan sendirinya. Ia adalah kurniaan yang maha Esa kepada makhlukNYA untuk di terokai, di pelajari dan digunakan sebaik mungkin. Sifat emas yang wujud semulajadi ini menjadikan ia hasil yang tidak boleh dicipta oleh keupayaan manusia, tidak binasa dan tidak boleh dibina sakan. Disebabkan faktor ini, ia adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak sesekali boleh jatuh nilainya menjadi kosong dan ini menjadikan Ia sebagai Wang sebenar sejak beribu tahun dahulu sehingga ke hari ini. Renung-renungkan ~ Sue Serif.