Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Simplicity is ....

"Simplicity is beautiful and yet simplicity makes success!!- Dato Lim Sin Boon".  Inspired story from Business person especially for the healthy food manufacturing. https://goodmorning.com.my/datolim/mobile/index.html#p=1  Renung-renungkan ~ Sue Serif 😉

Letters to My Creator

Renung-renungkan ~ Sue Serif 😍  

Menyimpan Duit ke Nak Simpan Emas?

  Fuh macam soalan peperiksaan alaf baru. Okay, jom saya bawa anda melihat revolusi mudahnya duit simpanan bocor... Melalui pengalaman saya duit amat sukar untuk disimpan terutama pada abad ini apabila teknologi mengambil alih cara penjualan secara traditional. Sebelum ini taukeh-taukeh tepuk dahi apabila kedai mereka hanya mampu menerima duit fizikal tanpa menyediakan mesin untuk membaca kad bank atau kad kredit. Taukeh kedai perlu bersaing untuk dapatkan jualan maka sekiranya taukeh kedai menyediakan kemudahan tersebut, pembeli perlu membayar bukan sahaja harga belian tetapi sedikit caj akan dikenakan untuk menampung kos operasi mesin-mesin tersebut. Implikasinya, Bank Negara Malaysia mengutarakan kerisauan apabila senarai golongan yang telah disenaraikan hitam disebabkan hutang kad kredit adalah daripada golongan belia.  Seterusnya landskap dunia berubah bermula tahun 2019. Ketika post ini ditulis, dunia sedang dilanda todak ......hehehe eh bukan tersasul lak...huhuk dunia kini dila

2020 Bermula Sejuta Penderitaan demi Sejuta Kenikmatan

 2020, Pengakhiran kepada sebuah generasi, Namun akan bangkit satu generasi baharu, Hadir satu musibah yang membawa sejuta rahsia, SAYANGNYA sang Pencipta, RinduNYA Sang Pencipta, KASIHNYA Sang Pencipta, Pada hambaNYA yang selalu trlupa. Maafkan kami, Ampunlah kami, Terimalah taubat kami, Beriknlh kami kekuatan, Beriknlh kami kesabaran yang tinggi, Utk menerima qada dan qadar. Sesungguhnya,  pasti semua ini membawa sejuta kebaikan,  sejuta kenikmatan,  Alhamdulillah, Sujud Syukur. - Sue Serif #tiniefabulous

Tabiat Menyimpan Dana Kecemasan atau Dana Masa Hadapan

Tabiat menyimpan dana kecemasan dan dana masa hadapan adalah satu tabiat yang sangat praktikal. Ini terbukti apabila dana-dana ini diperlukan saat-saat dunia melanda pandemic yang terbukti menjejaskan dan mengubah landskap penduduk dunia dari sudut ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial. Sikit demi sikit dana ini digunakan untuk menampung keperluan kehidupan harian. Dana-dana ini terdiri dari aset kita seperti wang, tanah, rumah dan bangunan, kereta, saham-saham komoditi, emas, silver, perniagaan dan lain-lain lagi. Kebijaksanaan menguruskan kewangan kita amatlah penting ketika ini bagi memastikan keberlangsungan kehidupan kita dan keluarga kita terjamin bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Dalam banyak-banyak dana disenaraikan tadi, menyimpan dana dengan menggunakan wang merupakan cara yang sangat mudah, cepat dan praktikal untuk digunakan sebagai langkah pertama. Namun tahukah anda, tabiat menyimpan dana berbentuk wang sukar untuk dipraktikkan?. Renung-renungkan ;-). ~ S

Harga EMaS Naik Kita Senyum, Harga EMaS Turun Kita Lebih Bersyukur

Setiap orang mempunyai alasan tersendiri untuk menyimpan Emas. Apa saja alasan anda yang pasti pada masa sekarang anda mungkin akan termasuk di dalam 2 kumpulan pembeli emas iaitu "Gold-Saver" atau "Gold Investor". Sejak tahun 2015, Saya adalah "Gold-Saver". Emas Naik saya akan tersenyum dan emas turun saya lebih rasa bersyukur. WOWOWOw......kenapa saya berkata demikian ;). Rahsianya, bila emas naik, ia memberikan saya peluang untuk menjual balik emas saya dengan pulangan yan menguntungkan sekaligus membantu saya ketika saya sangat-sangat memerlukan. Bila emas turun pula, alhamdulilah ia memberikan saya peluang untuk menambah simpanan emas saya. Bagi mereka yang "gold-investor", mereka perlu bijak untuk mengendalikan proses turun naik ini dengan memastikan risiko kerugian itu dapat di minimumkan dan keuntungan dapat di maximizekan. Renung-renungkan ..sekadar perkongsian ~ Sue Serif Khan. **Picture Credit: https://jewel-cafe.my/column/secrets-o

Nilai Seketul EMaS

Emas, siapa tidak teruja kalau melihat kilauan emas apa lagi kalau meilikinya... Fuh rasanya dunia ini terasa Indah. Bukan kerana kilauannya tetapi nilainya yang lebih berharga sejak berabad lamanya. Beza emas dan Wang ialahlah emas adalah satu-satunya aset kewangan yang brdiri dengan sendirinya. Ia adalah kurniaan yang maha Esa kepada makhlukNYA untuk di terokai, di pelajari dan digunakan sebaik mungkin. Sifat emas yang wujud semulajadi ini menjadikan ia hasil yang tidak boleh dicipta oleh keupayaan manusia, tidak binasa dan tidak boleh dibina sakan. Disebabkan faktor ini, ia adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak sesekali boleh jatuh nilainya menjadi kosong dan ini menjadikan Ia sebagai Wang sebenar sejak beribu tahun dahulu sehingga ke hari ini. Renung-renungkan ~ Sue Serif.

Harga Seketul Pisang Goreng

Pada tahun 1980an, duit 10sen boleh beli sebiji pisang goreng. Walaubagaimanapun pada abad ini trutama apabila dunia mengalami pandemik covid19, harga sebiji pisang goreng naik ke paras 50sen sebiji. Wowowow taukeh pisang bole kaya ni, orang yg jual pisang goreng tepi jalan boleh beli bangunan kedai dalam setahun. Tidak, tidak ini semua hanyalah akan berlaku jika kita berada pada zaman 1980an. Pada zaman ini ia dikenali sebagai kuasa beli duit makin susut dari tahun ke tahun dimakan inflasi. Bahasa mudah, nilai bagi barang yang sama semakin tinggi. Tidak mustahil, 3 atau 4 tahun akan datang harga nasik lemak biasa RM2.50 sebungkus akan naik ke paras RM10. Timbang timbangkan nilai duit kertas yang ada dalam simpanan kita. ~ Sue Serif

Teaser ~ Being Positive & Grateful - ALHAMDULILAH