Skip to main content

Posts

Showing posts from July 25, 2017

Pemilihan Warna Untuk Penampilan Anda

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera Pembaca yang disayangi, Alhamdulilah, masih diberikan peluang untuk bernafas dan menjalankan tanggungjawap sebagai khalifah di muka bumi ini. Hari ini tergerak hati untuk memberikan sedikit perkongsian berkenaan pemilihan warna yang sesuai untuk dipakai dan sekaligus menjadikan pantulan warna tersebut akan menonjolkan karater diri kita. Tidak kisah ler baju atau tudung atau apa sahaja yang kita pakai daripada murah sehingga mahal sekiranya warna tersebut serasi dengan kita maka hasilnya pasti membuahkan keterampilan yang mengkagumkan. Sebaliknya pakailah pakaian yang semahal-mahalnya, sekiranya warna tidak sesuai dengan diri kita maka ia akan menjadikan kita tidak bermaya, kurang berkeyakinan dan stress. Bagaimana memilih warna yang sesuai dengan kulit kita, tips saya ialah dengan mengetahui jenis warna kulit anda warm or cold. Ikuti tips saya di episode akan datang untuk menentukan jenis warna kulit anda. Sekian sahaja, Salam Sayang,