Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Bermula dengan Tagisan dan semoga berakhir dengan kebahagiaan.

Bermula dengan tergagap-gagap untuk membaca satu huruf... sehinggalah kekadang menangis untuk memastikan sebutan huruf adalah betul dan memantulkan tajwid yang betul....ya Allah besar sungguh dugaanMU.  Alhamduliah, AllahuAkhbar, Dalam usaha untuk mempelajarinya, dalam kepayahan serta kesusahan yang telah diberikan olehNYA tanpa disedari pada hari ini terasa setiap huruf-huruf yang dilantunkan ternyata terdapat roh kejiwaan disitu terasa meresap ke dalam sanubari walaupun dalam saat membacanya aku masih belum mahir menterjemahkan huruf-huruf itu.  Bila sampai ke ayat yang menyedihkan air mata tanpa paksa akan menitis menandakan kesayuaan dan kehibaan. Bila sampai ayat rindu jiwa terasa amat merindui dan bila sampai ke ayat bahagia terasa tersangat bahagia.. Betulah bahawa Al-Quran itu kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada rasulullah melalui Malaikat Jibrail dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.