Skip to main content

Pengorbanan ...

Detik 10 Zulhijjah dalam kalendar islam merupakan antara hari-hari yang penting dan seharusnya ditanda dalam kalendar pada setiap tahun. Pada hari tersebut merupakan hari perayaan sambutan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban bagi seluruh pendudukan islam dunia. 

ia juga bersempena Memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah Allah. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah SWT sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah As-Saffat, ayat ke -102.

Pada masa ini, alhamdulilah mereka yang mendapat jemputan Allah untuk ke Tanah Suci Mekah sedang dalam mengerjakan ibadah haji. Bermula dengan ketibaan ke tanah suci pada 8 Zulhijjah, berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, melaksanakan korban sehinggalah 13 Zulhijjah. 

Bagi penduduk dunia yang beragama islam untuk merayakan hari raya Aidiladha maka umat islam menyembelih binatang al-an’am atau binatang berkaki empat serta jinak seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun hijrah. Tarikh-tarikh tersebut juga dikenali sebagai Hari Tasyrik yang diharamkan untuk berpuasa bagi umat Islam.

Binatang-bintang korban tersebut akan diagihkan kepada golongan-golongan yang berhak seperti orang miskin, anak yatim, orang islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi. 

Walaubagaimanapun, pada hari ini erti pengorbanan tersebut telah memberikan sebuah pengertian yang meluas.  Ini terbukti bahawa ketika dunia sedang berperang dengan pandemik yang hampir melumpuhkan sistem kesihatan dan ekonomi negara. Pengorbanan itu bukan sahaja dari sudut pandangan penyembelihan binatang tetapi juga pengorbanan semua orang bermula dengan petugas barisan hadapan, sanak saudara dan khasnya diri kita sendiri. renung-renungkan. Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin. Keep on fighting, We do the best, Allah will do the rest, In Sha Allah. ~ Sue Serif. #tiniefabulous. 

Comments

Popular posts from this blog

Good To Be Back ....

Assalamualaikum ... Alhamdulilah ..... it's been long long long vacation since  last post was 2017 ...now 2020 ... it's good to be back .... so wait for my chit chat ya.... #tiniefabulous #islamisfirstclass #itisallaboutme #duniakitamilikAllah #tiniebest

Gaduh bertukar Sayang...

It's All about love, care n loyalty.. 

Life is about Learn n enjoy

 Assalamualaikum & Halooo.... Wowow.... Lama x writing... Rindu 🥰. Alhamdulillah, achievement yg sy ada hari ini adlh berkat doa2x org d sekeliling sy serta cara saya melihat dunia dengan 2 sisi syiling 0.50 sen. Kenapa 0.50 sen, coz dengan 0.50 sen saya boleh beli karipap makchik kiah yang sedap... karipap ikea tak lepas ler...huhuk.  Achievement tu tidak lah menjd kn sy org yg femes atau retis atau jutawan. Ia Mempunyai nilai yg lebih brharga dr Wang ringgit iaitu ketenangan di dlm semua keadaan. Dari ketenangan ini telah memandu kehidupan saya ke arah kebahagian di dunia dan in sha Allah sebuah pengakhiran yang terbaik dalam kehidupan saya.  Bagaimanakah sy lakukannya, hanya melihat kedua-dua sisi syiling tersebut. 🥰 Being positive with #tiniefabulous 🥰💕❤️