Skip to main content

Pandemik - Convic19

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Malaysia...

Terlebih dahulu, saya mengharapkan rakyat malaysia terus sabar dan positif di dalam menghadapi era pandemik ini. Saya andaikan tahun ini ialah untuk semua orang berehat, 'readjust', 'refreshement' atau apa sahaja pandangan yang anda fikirkan.  

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu." - terjemahan surah Al-Baqarah 216.  

Petikan ayat Al-Quran di atas singkat namun ia memberi sejuta makna yang agak mendalam. Terpulang pada setiap individu untuk mentafsir serta memahaminya. 


Point saya mudah sahaja, semasa convic19 nih, tanah suci Mekah menutup pintu untuk sementara waktu kepada aktiviti umrah bagi bersama-sama berganding bahu di dalam menghadapi pandemik ini. Ada sesuatu yang Allah menghendaki kita merenung dan mempelajari disitu. Muhasabah diri bukan sahaja untuk iman, bilal atau mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji tapi ia adalah untuk semua makhluk Allah di serata dunia. 



Sekiranya kita memegang erat tali Allah, kita pasti akan melihat bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cari jawapan bukan pada manusia tapi carilah jawapan itu dengan Allah. 



Allah telah pon bagi peluang untuk kita 'berehat', istirehat atau meluangkan masa bersama keluarga setelah berdekad kita kesibukan dengan hal2 keduniaan. 



Senaraikan kebaikan dan keburukan sepanjang PKP atau MCO ini, saya pasti anda akan menemui jawapan kepada persoalan anda atau keresahan anda ketika ini. 



Saranan saya, senantiasalah positif. Gunalah masa ini sebagai hadiah kasih sayang sang pencipta kepada kita sebelum menghadapi hari-hari mendatang yang mungkin lebih mencabar. 



Kita jaga kita. Malaysia boleh. Stay At Home & Stay Safe.



~Tinie Serif. 
#tiniefabulous #islamisfirstclass #duniakitamilikAllah

Comments

Popular posts from this blog

Good To Be Back ....

Assalamualaikum ... Alhamdulilah ..... it's been long long long vacation since  last post was 2017 ...now 2020 ... it's good to be back .... so wait for my chit chat ya.... #tiniefabulous #islamisfirstclass #itisallaboutme #duniakitamilikAllah #tiniebest

Gaduh bertukar Sayang...

It's All about love, care n loyalty.. 

Life is about Learn n enjoy

 Assalamualaikum & Halooo.... Wowow.... Lama x writing... Rindu 🥰. Alhamdulillah, achievement yg sy ada hari ini adlh berkat doa2x org d sekeliling sy serta cara saya melihat dunia dengan 2 sisi syiling 0.50 sen. Kenapa 0.50 sen, coz dengan 0.50 sen saya boleh beli karipap makchik kiah yang sedap... karipap ikea tak lepas ler...huhuk.  Achievement tu tidak lah menjd kn sy org yg femes atau retis atau jutawan. Ia Mempunyai nilai yg lebih brharga dr Wang ringgit iaitu ketenangan di dlm semua keadaan. Dari ketenangan ini telah memandu kehidupan saya ke arah kebahagian di dunia dan in sha Allah sebuah pengakhiran yang terbaik dalam kehidupan saya.  Bagaimanakah sy lakukannya, hanya melihat kedua-dua sisi syiling tersebut. 🥰 Being positive with #tiniefabulous 🥰💕❤️