Skip to main content

Bermula dengan Tagisan dan semoga berakhir dengan kebahagiaan.


Bermula dengan tergagap-gagap untuk membaca satu huruf...
sehinggalah kekadang menangis untuk memastikan sebutan huruf adalah betul dan memantulkan tajwid yang betul....ya Allah besar sungguh dugaanMU. 

Alhamduliah, AllahuAkhbar, Dalam usaha untuk mempelajarinya, dalam kepayahan serta kesusahan yang telah diberikan olehNYA tanpa disedari pada hari ini terasa setiap huruf-huruf yang dilantunkan ternyata terdapat roh kejiwaan disitu terasa meresap ke dalam sanubari walaupun dalam saat membacanya aku masih belum mahir menterjemahkan huruf-huruf itu. 

Bila sampai ke ayat yang menyedihkan air mata tanpa paksa akan menitis menandakan kesayuaan dan kehibaan. Bila sampai ayat rindu jiwa terasa amat merindui dan bila sampai ke ayat bahagia terasa tersangat bahagia..
Betulah bahawa Al-Quran itu kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada rasulullah melalui Malaikat Jibrail dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.

Sesungguhnya tidak semua orang diberi kekuatan untuk membacanya, 
tidak semua orang diberi hidayah untuk mempelajarinya, 
tidak sikit juga orang yang mahir dan pakar dalam membaca mengamalkannya,
tidak sikit juga orang yang mahir dan pakar dalam membaca tetapi tidak mengamalkannya.

Ramai yang tidak pandai membacanya tetapi tidak berusaha mempelajarinya,
Ramai yang tidak pandai membacanya tetapi berusaha untuk mempelajarinya, 
hakikatnya semua ini atas kekuasan dan hidayah Allah swt.

Semoga aku senantiasa istiqamah bersamaMU peneman dan sahabatku di alam kehidupan selepas ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Moment To Be Grateful & Stay Positive

  Assalamualaikum, HiHe (Hello and Hi) . Yup ....gais, sometimes we need to Flash back a greats memory just to anchor the feeling so that we can move forwards. Those feeling actually one of spiritual positive food that keep us always smile and happy.  When we have this kind of feeling, believe it or not, its always make our day so joyful, try it and share me your experiences. Take care, Stay Safe & Keep On Fighting.   ~ Sue Serif Khan  #tiniefabulous  #yong&khanfamily(ykf) 

TAKAFUL dan Tabungan

Asal Takaful Je Semua Fikir Insurans, Bile Fikir Insurans je Semua Fikir Takaful ..Takaful ni Ape yerk??? ... OKok, adik kakak, abang, pakchik ni nk borak-borak skit psl Takaful ni.  Takaful ni adalah salah satu konsep kewangan Islam. Ia merupakan instrument yang berkonsepkan tabungan dan pelaburan secara islamik yang dijalankan oleh sesebuah organisasi yang dilantik untuk memastikan agihan dilaksanakan secara adil dan saksama serta pencarum serta keluarga dijaga kebajikan di dunia dan akhirat.  Pada asalnya konsep bantuan atau insurans ini diadaptasikan daripada aktiviti harian para pedagang yang menghantar barangan perniagaan melalui kenderaan laut. Barang - barangan tersebut berisiko tinggi untuk mengalami kerugian yang tinggi kepada para pedagang seperti dirompak atau sebagainya. Maka untuk memastikan kerugian tidak tinggi dan risiko yang minimal, satu tabung dana disediakan oleh para pedangang tersebut memastikan kadar kerugian tersebut minimal. So let's cari pakej apa yg...